Sabtu, 19 November 2011

Tips memenangi hati suami

Pernahkah anda melalui situasi begini?

1- Suami anda antara dengar tak dengar apa yang anda ceritakan kepada dia...anda terasa seperti bercakap sorang-sorang?:puteh_25:

2- Anda berpakaian cantik dan wangi tetapi suami nampak macam takde tindakbalas atau nampak biasa je...tak puji atau menujukkan minat terhadap anda?:waaah:

3- Anda masak sedap dan special tetapi suami tak kata/komen apa-apa walaupun nasik bertambah? Hmm kalau komen tak sedap adalah!:puteh_15:

4- Anda hint suami untuk beli sesuatu tetapi nampak macam suami tak paham atau buat-buat tak paham? :mKorek:

5- Anda mengharapkan suami menelefon anda selalu daripada anda yang selalu menelefonnya?:phonecry:

6- Suami tak pernah atau jaranngg sekali buat kejutan seperti hadiahkan bunga atau kad selain dari hari-hari penting untuk menyatakan perasaan sayangnya kepada anda:mSad:

7- Suami tak pernah tolong atau meng'offerkan diri untuk mengemas rumah atau sapu sampah atau basuh bilik air tanpa dipinta?

8- Suami tak pernah tetiba nak masak hari tu...?

9- Suami tak pernah tetiba tolong mengurut bahu anda tanpa ada niat lain selain menunjukkan keprihatinannya terhadap isteri yang menguruskan keperluannya dan anak-anak?

10- Mungkin tidak seromantik Rasulullah saw yang meletakkan lututnya dekat unta untuk dinaiki isteri Baginda Safiyyah tetapi pernahkah sesekali suami anda tolong membukakan pintu kereta buat anda?

11- Suami anda jarang sangat nak puji anda kalau takde apa-apa hal atau memanggil manja anda seperti Rasulullah memanggil Aisyah si pipi merah?:wink:

12- Suami tak pernah nak tolong handle rumahtangga satu hari dan biarkan anda berehat sepuas-puasnya?:anoto:

13- Suami anda dah lama tak berkongsi cawan sewaktu minum dan makan sepinggan dengan anda di rumah seperti biasanya Baginda lakukan terhadap isteri Baginda?

14- Suami anda dah lama tak ucapkan kata-kata romantik dalam telefon seperti waktu muda-muda dulu...?:phonehappy:

15- Suami anda tak pernah atau jarang ajak anda bersama-sama mendengar tazkirah daripadanya?

16- Suami anda tak pernah atau jarang tadarus al-Quran dengan anda dan anak-anak sekali?

17- Suami anda tak pernah bawak anda pergi shopping complex dan berkata, "Okeh hari nie abang belanja...belilah apa saja yang sayang suka...tetapi biarlah cukup poket abang.." :mDuit:

18- Suami anda marah-marah dan bad mood dari tempat kerja, banyak diam dan tak jawab soalan anda, anda dan anak-anak menjadi mangsa? :sobrakana:


Jangan risau atau bersedih!!



Berikut merupakan tips untuk memenangi hati suami anda...

1- Jangan hampakan setiap permintaannya walaupun anda melihat seperti berat sebelah kerana hanya anda yang menunaikan permintaannya selalu tetapi dia sebaliknya

2- :wave:Hantarlah pemergiannya ke tempat kerja sampai dia hilang dari pandangan dan sambutlah dia pulang dengan senyuman ikhlas dan dengan wangian dan bersih penampilan, bukan dengan bau bawang atau bau muntah anak...

3- Pastikan rambut anda di rumah sentiasa kemas dan terurus dan sudah pasti, wangi! :mRambut:

4- Urutlah bahu suami atau kakinya tanpa di suruh

5- Temanilah dia melakukan kerja-kerja pejabatnya walaupun hari dah lewat malam. Lebih baik lagi kalau buatkan air tanpa di suruh

6- Jadikan kebiasaan dengan membuatkan dia air setiap pagi dan setiap petang atau malam, jangan tunggu di suruh baru buat.

7- Jangan sesekali tinggikan suara ketika bercakap dengan suami

8- :puteh_9:Jangan tinggikan suara atau marah anak-anak depan suami..biasanya suami tak suka suasana yang bising. Dia perlukan ketenteraman setelah penat dari bekerja

9- Isteri-isteri yang garang dan kuat bercakap kena perlahankan nada suara anda....anggaplah seperti bercakap dengan boss kalau nak bercakap pun:lamagawa:

10- Pastikan baju suami sentiasa siap di gosok, tak perlu tunggu dia suruh baru nak gosok...gosok stok baju banyak2 agar dia ada pilihan nak pakai baju bebila saja yang dia suka

11- Hadiahkan suami barang yang paling dia suka dan menjadi impiannya:puteh_12:

12- Tolong mandikan suami, bukan sekadar mandikan anak-anak saje. Ingat, suamipun mahukan perhatian anda ya. Sudah tentu jika berpeluang tetapi peluang itu perlu direbut

13- Elakkan bertegang urat dengan suami walaupun anda ingin menyatakan kebenaran atau menegurnya...:puteh_9:

14- Ringan-ringankan wajah dengan senyuman ikhlas:puteh_7:

15- Kalau sesat jalan jangan memandai-mandai sound suami atau kontrol, berhikmah dalam memberi pendapat dan penerangan, walaupun anda dah tau suami silap dan anda dah tau jalan tu...suami tak suka nampakkan kekurangannya

16- Jangan menampakkan anda yang memutuskan sesuatu perkara. Elakkan guna ayat, "Saya nak..." :argh:tetapi gunalah "Saya berpendapat...". Hormatilah dia sebagai ketua keluarga.

17- Selalu berdoa kepada Allah agar melembutkan hati suami dan mohon agar rumahtangga anda sentiasa bahagia dan dapat bersama di 'sana' nanti :mLove:

18- Paling penting elakkan syak wasangka:mThinking: ketika suami ada panggilan telefon atau ketika suami keluar rumah dan pulang lewat. Ingatlah prasangka kita akan membawa kepada kenyataan jika kerap difikirkan

19- Bersikap proaktif dengan menyatakan keinginan anda untuk tadarus al-quran bersama dan solat jemaah bersama:please:

20- Ajak suami main nyorok-nyorok atau apa saja permainan di rumah dengan anak-anak sekali. Jadi budak-budak sekali sekala best apa...:mWekk:

21- Sebelum tidur cium tangan suami dan katakan anda sayang padanya kerana Allah :kiss:

22- Pastikan suami sentiasa kenyang di rumah dan rajin-rajinlah masak lauk kegemarannya:mKenyang:

23- Sesekali peluk suami tanpa ada apa-apa niat disebaliknya

24- Jangan malu untuk melakukan perubahan positif dan proaktif dalam hubungan dan rumahtangga anda, tidak perlu tunggu suami je yang mulakan demi kebahagiaan anda bersama.:mKening:

25- Layanlah suami anda jika dipinta walaupun anda sangat penat kerana redha suami adalah redha Allah. Bukankah lebih baik dia mendatangi anda daripada wanita lain? :mGelak:

26- Selalu merasa bangga, gembira dan redha mempunyai suami seperti suami anda:devilishgrin:

27- Selalulah melihat kelebihan suami dari kekurangannya:astig:

28- Berilah peluang dan masa kepada suami untuk menyelesaikan masalah tanpa anda terlalu banyak campur tangan. Sesetengah suami rasa tercabar apabila isteri yang lebih mengawal daripadanya

29- Kalau suami balik kerja dan penat hingga tertidur, elakkan dia dari diganggu oleh sebarang gangguan sama ada telefon, anak-anak dan sebagainya. Biarkan dia berehat sepuas-puasnya.

30- Pastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan harum walaupun disepahkan oleh anak-anak, kemas semula...sesungguhnya kerja mengemaskan tidak pernah habis...:mPanas: Pastikan barang-barang kesayangan suami dijaga dengan baik dan simpan barang-barangnya ditempat yang mudah untuk dia ambil sekiranya anda tiada

31- Sebelum tidur berazamlah dalam diri untuk selalu menjadi isteri solehah dambaan suami :woooh:



Sememangnya usaha itu perlu lebih untuk mendapatkan apa yang kita nak...ingatlah wang boleh dicari tetapi kebahagiaan tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli...biarkan apa saja orang mengatakan tentang kekurangan suami tetapi anda seharusnya sentiasa bangga mempunyai suami sepertinya kerana dialah pelengkap kehidupan anda....semoga berjaya!:mRempit:


......"Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?"


Beliau menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."


Aku (Ummu Salamah) bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"


Beliau menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.


Mereka berkata, "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya." (Hadith dari Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh Imam Ath Thabrani)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan