Sabtu, 19 November 2011

Darah haid dan wanita Islam




Darah haid adalah darah yang keluar dari faraj wanita dalam keadaan normal (sehat),bukan disebabkan melahirkan anak atau pecahnya selaput darah, dan keluarnya darah haid bagi perempuan adalah fitrah yang dianugerahkan Allah SWT kepada kaum wanita.


Menurut itjimak para ulama bahawa darah haid itu adalah najis, oleh kerana itu seorang muslim yang hendak melakukan solat apabila pakaiannya terkena darah haid maka terlebih dahulu harus dibersihkan lalu di cuci, dalam hal ini Nabi Saw, bersabda yang ertinya:
Dari Asma’ra, katanya:

"Seorang wanita datang kepada Nabi saw lalu bertanya. Baju salah seorang kami kena darah haid, bagaimana cara membersihkannya? Sabda Nabi SAW, mula-mula buang (kikis habis) darahnya, sesudah itu gosok-gosokan kain itu dengan hujung jari pakai air, kemudian siram, lalu pakailah untuk solat”

UMUR BERAPAKAH TERJADINYA HAID ITU?

Seorang perempuan yang kedatangan haid adalah merupakan salah satu tanda telah baligh (dewasa) seorang remaja puteri. Dan sekaligus baginya telah mendapat beban untuk mengerjakan perintah agama.

Kedatangan haid bagi seorang wanita yang satu dengan wanita yang lain itu berbeza umurnya, ada yang baru berumur 9 tahun, 15 tahun. Jadi dalam hal ini masalah umur (usia) tidaklah dapat dijadikan ukuran wanita itu sudah datang bulan, sebab ada seorang wanita yang berusia 7 dan 8 tahun sudah mengeluarkan darah, tetapi bukan darah haid melainkan darah penyakit. Pada dasarnya seorang wanita kedatangan haid ketika usia 12 tahun, dan keluarnya darah haid itu biasanya tiap bulan sekali sampai.

SIFAT DAN WARNA DARAH HAID

Diantara sifat-sifat bagi darah haid ialah bahawa darah tersebut nampaknya berbau hangus, busuk. Sedang warnanya darah haid itu yang biasa disaksikan oleh bersangkutan selama haid pada umumnya ada 5 macam warna yaitu, warna hitam, merah, kuning, hijau, dan kelabu.

Dan khusus darah haid yang berwarna merah atau hitam, para ulama sepakat bahawa darah tersebut digolongkan sebagai darah haid, yang demikian itu berdasarkan hadis sebagai berikut, yang ertinya:

Dari Urwah dari Fatimah binti Abi Jahsy:

"Bahawa ia mengeluarkan darah. Maka bersabdalah Nabi SAW kepadanya,” kalau itu (memang)darah haid, maka warnanya kehitam-hitaman, bila demikian halnya, maka berhentilah kamu solat. Tapi kalau tidak demikian maka berwuduklah lalu solat, kerana (yang demikian itu) hanyalah gangguan otot. (HR. Abu Dawud),

HAL-HAL YANG DILARANG BAGI WANITA SELAMA KELUARNYA DARAH HAID

Selama keluarnya darah haid maka ia dilarang dan diharamkan untuk mengerjakan puasa,solat, melakukan tawaf keliling ka’bah dan melakukan persetubuhan. Apabila sudah berhenti keluarnya darah haid tersebut, maka wajib mandi hadath besar/mandi wajib dan ibadah yang ditinggalkan selama haid itu perlu di qadha kecuali solat.

Mengenai persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid sebelum mandi, maka para ulama menghukum sebahagian perbuatan yang haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid yang terpanjang, kerana berdasarkan firman Allah yang ertinya:

“Dan janganlah kamu (hai kaum lelaki-lelaki) mendekati (menyentuh) mereka (kaum wanita) sebelum mereka suci”.

Batasan-batasan haid....Haid minima sehari, tetapi kebiasaannya 6 ke 7 hari , maksima nya 15 hari..

Wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan