Selasa, 15 November 2011

TIPS BAGI RUMAHTANGGA

SUAMI tidak sahaja mengharapkan layanan terbaik daripada isteri . Sebagai lelaki yang juga pemimpin rumah tangga , perlulah bersedia menghargai penat lelah isteri . Begitu juga dengan pengorbanan para isteri ,sentiasa kena ingat dan bersyukur kepadaNya dianugerahi isteri yang baik .



Kepada suami dan bakal isteri , pertimbangkan petua yang dibekalkan ini . Mudah-mudahan , ia berguna dan memberi cahaya kebahagiaan di dalam rumah tangga .
* Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri terutama isteri yang bekerja.Seelok-eloknya bahagikan sama rata,isteri bayar bil air ,suami bayar bil elektrik.

* Bila isteri bercakap, pandang mukanya dan dengar dengan teliti.

* Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

* Jangan memaksa isteri melakukan seks jika keletihan atau tiada keinginan.

* Kalau pasangan sudah mempunyai anak,sama-samalah menjaga anak.

* Jangan sekali-kali tersandar depan tv atau relak macam bos besar sedangkan isteri apabila balik dari kerja terus kedapur memasak,mengemas ,membasuh dan sebagainya.

* Sekiranya suami makan dulu,tinggalkan lauk untuk isteri.Jangan apabila sampai giliran isteri yang tinggal hanya ekor ikan, janggut sotong atau ekor taugeh.

* Kalau mahu pelawa kawan datang bertandang maklumkan kepada isteri terlebih dahulu.Kalau boleh awal supaya isteri dapat menyediakan makanan dan mengemas rumah.

* Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya .Bagi wanita hal ini sangat sensitif.

* Hormat keluarga , perasaan ibu bapa isteri anda. Jangan sekali-kali memburukkan isteri anda di hadapan ibu bapanya walupun secara bergurau.



P/S: Hargailah isteri anda… semoga ramai yang akan lebih bahagia dari menderita.. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan