Selasa, 15 November 2011

SEBAB KENAPA LELAKI MENAGIS??

Hidopnya dalam kesusahan, tak senang.

Lelaki sering menangis mengenang dosa2.

Lelaki sering menangis merindui arwah bapanya.

Lelaki sering menangis bagaimana nak membahagiakan ibunya.

Lelaki akan menangis dikala malam kerana hatinya yang selalu berfikir akan kesusahan dirinya.

Hati jantan ini selindungkan dan dirahsiakan kerana takut menjadi contoh buruk kepada adik adik perempuannya nanti.
Lelaki, seorang pembimbing atau nakhoda dalam keluarga, perlulah tegas dan keras, jadi kami malu untuk teriak .

Kami tidak menangis, kerana mahu kau terus berketawa.

Jika kau membuat kami marah atau berkecil hati, hati kecil kami juga menangis bukan dimata, kerana tidak mahu kau tahu kami bersedih akan tindakanmu.

Ketika rindu, kami masih lagi menangis mengharapkan kau hadir disisi.

Kami menangis dihadapanmu wanita kerana kami mahu pujukkan kau.

Kerana kami mahu belaian manja dari kau. Setelah sekian lama kami memendam air mata ni, kau redakan lah ia sekiranya ia mengalir dipipi kami.

Kami menahan air mata daripada mengalir kerana kami mahu nampak hebat dihadapanmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan