Rabu, 16 November 2011

Panggil Isteri Dengan Pangillan Ummi, Mama.. :

"Assalamualaikum..
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Memanggil isteri dengan panggilan seperti 'ibuku, mama" dan seumpamanya, jika dimaksudkan dengannya untuk menyamakan isteri dengan ibunya dari sudut haram bersekedudukan, maka ia dikira zihar (zihar kinayah). Tetapi dalam masyarakat Melayu, ia jarang dimaksudkan begitu.


- Kebiasaan, dalam masyarakat kita, suami memanggil isteri dengan panggilan 'mama, ibu, mak' dan seumpamanya hanya semata-mata panggilan, atau kebiasaan, atau kerana mengikut panggilan anak kepada ibu mereka.


- Memanggil isteri dengan panggilan demikian, ada pendapat yang mengatakan makruh. Kerana berdasarkan satu hadis ada seorang lelaki memanggil isterinya dengan 'Ya Ukhaiyyah' (Wahai adikku).


Lalu Rasulullah Sallallahu ALaihi Wasallam bertanya, "Adakah dia adik perempuan kamu?".


Kemudian, baginda membenci panggilan demikian dan melarangnya.


- Hadis ini direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 2212) daripada hadis Abu Tamimah Al-Hujaimiy. Ia dinilai dhaif oleh Albani.


- Syeikh Utsaimin ditanya soalan seperti ini, lalu beliau berfatwa, "Harus bagi seorang lelaki memanggil isteri dengan 'Wahai adik perempuanku' atau 'Wahai ibuku', dan perkataan-perkataan lain yang boleh menimbulkan kasih sayang. Walaupun sebahagian ulama mengatakan makruh seorang suami memanggil isteri dengan perkataan-perkatan seumpama itu, tetapi tidak ada hujah untuk mengatakan makruh. Kerana amalan-amalan adalah dengan niat-niat. Suami tersebut bermaksud untuk menimbulkan kasih sayang dan kemesraan dengan isterinya". (Fatawa Nur Ala Al-Darb).


Wallahu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan