Ahad, 18 Disember 2011

Amalkan Berzikir Untuk Cemerlang

 
Amalkan Berzikir Untuk CemerlangBoleh dikatakan semua umat manusia di muka bumi ini ingin menjadi seorang insan yang cemerlang, tidak kiralah di dalam pelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Pelbagai cara yang boleh diamalkan untuk mencapai kecemerlangan tersebut dan yang paling penting adalah usaha.

Kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Selain daripada usaha, bagi yang beragama Islam bolehlah mengamalkan zikir-zikir tertentu sebagai salah satu langkah untuk menjadi seorang insan yang cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang sekali pun. Antara zikir-zikir yang boleh diamalkan seperti di bawah:

Ar Razzaq – Bacalah sebanyak mungkin selepas solat agar diberi rezeki yang halal.

Al Fattah – Baca 71 kali selepas solat Subuh supaya mudah menerima ajaran agama.

Al A’lim – Dibaca 100 kali selepas solat wajib maka diberi pengetahuan dengan sempurna.

Al Baasithu – Bacalah sebanyak yang boleh agar segala yang diusahakan berjalan dengan lancar.

As Samii’ – Baca sebanyak yang boleh agar diberikan doa yang mustajab dan pendengaran yang tajam.

Al Bashiir – Baca 100 kali sebelum solat Jumaat agar diterangkan hati dan cerdas otaknya dan selalu diberi hidayah.

Al Hakim – Baca 300 kali supaya dicerdaskan otak.

Al Majid – Baca seberapa banyak mungkin agar dipermudahkan menerima apa yang diajar.

Al Qaadir – Baca 305 kali agar apa yang dihasratkan akan berhasil.

Ar Raasyid – Baca sebanyak mungkin agar otak menjadi cerdas.

Dzul Jalaali Wal Ikraam – Baca 65 kali setiap hari selama sebulan agar segala hajat yang diingini akan tercapai.

Itulah di antara zikir-zikir yang boleh diamalkan agar memperolehi kecemerlangan dan kejayaan di dalam hidup ini. InsyaAllah dengan amalan ini, apa yang kita inginkan akan dapat. Usaha sahaja tidak cukup jika kita lupa akanNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan