Tips dan Petua adalah sebagai pengetahuan semata-mata bukanlah untuk dijadikan 100% pegangan dalam hidup- SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T LEBIH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA
Ahad, 30 Mac 2014
Fenomena Ditindih Ketika Sedang Tidur..
masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan
fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang
dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar
untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada
bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan
fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.
Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat
yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“
ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep
Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut,
terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau
terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia
mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa
semalaman.
Adakah Sleep Paralysis merbahaya?
Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan
kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan
kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam
peringkat-peringkat tidur.
Jarang sekali dijumpai kes
dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah
psikitari yang tersembunyi.
Apakah itu Sleep Paralysis ?
Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar
tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang
itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur.
Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau
bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. merasai fenomena ni, memang takut sangat tambah-tambah bila tak boleh nak baca sebarang ayat
Quran sebab lidah jadi kelu.
Mengikut pakar, kejadian ini
sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan
keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak
gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh
tubuh.
Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?
Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa
tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia
dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku
ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau
postdormital.
hypnagogic atau predormital - Ketika kita mula tidur
tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan.
Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak
akan perasan sebarang perubahan yang belaku.
Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula
tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat
bergerak atau bercakap.
hypnopomic atau postdormital - Ketika tidur, badan kita
saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye
movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement).
Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit.
Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa
tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan
menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur
kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak
dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini,
tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan
“turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih
sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini,
kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat
bergerak atau bercakap.
Itulah serba sedikit jawapan kepada fenomena ditindih
ketika tidur ini. Di harapkan kita semua tidak mudah untuk mempercayai sebarang kepercayaan tahyul yang
dapat memesongkan akidah. Jika masih berasa was-was
atau takut, amalkan membaca Ayat Qursi sebelum tidur,
In Shaa Allah tidur kita akan terpelihara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan