Tips dan Petua adalah sebagai pengetahuan semata-mata bukanlah untuk dijadikan 100% pegangan dalam hidup- SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T LEBIH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA
Ahad, 30 Mac 2014
Fenomena Ditindih Ketika Sedang Tidur..
masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan
fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang
dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar
untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada
bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan
fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.
Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat
yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“
ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep
Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut,
terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau
terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia
mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa
semalaman.
Adakah Sleep Paralysis merbahaya?
Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan
kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan
kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam
peringkat-peringkat tidur.
Jarang sekali dijumpai kes
dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah
psikitari yang tersembunyi.
Apakah itu Sleep Paralysis ?
Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar
tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang
itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur.
Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau
bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. merasai fenomena ni, memang takut sangat tambah-tambah bila tak boleh nak baca sebarang ayat
Quran sebab lidah jadi kelu.
Mengikut pakar, kejadian ini
sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan
keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak
gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh
tubuh.
Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?
Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa
tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia
dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku
ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau
postdormital.
hypnagogic atau predormital - Ketika kita mula tidur
tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan.
Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak
akan perasan sebarang perubahan yang belaku.
Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula
tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat
bergerak atau bercakap.
hypnopomic atau postdormital - Ketika tidur, badan kita
saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye
movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement).
Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit.
Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa
tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan
menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur
kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak
dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini,
tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan
“turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih
sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini,
kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat
bergerak atau bercakap.
Itulah serba sedikit jawapan kepada fenomena ditindih
ketika tidur ini. Di harapkan kita semua tidak mudah untuk mempercayai sebarang kepercayaan tahyul yang
dapat memesongkan akidah. Jika masih berasa was-was
atau takut, amalkan membaca Ayat Qursi sebelum tidur,
In Shaa Allah tidur kita akan terpelihara
KAWAN, SAHABAT, MUSUH, KAKI PENGAMPU?? OH!!
Kawan yang baik tidak semestinya teman yang menjadi
pendengar setia kita, mungkin juga teman yang selalu
memberi kita support atau pertolongan ketika susah. Nak
tahu kenapa??? kadang2, teman yang sering menjadi
pendengar setia kita ini lah yang menikam belakang kita,
so, beware! Biasalah, mula2 jadi kawan, semua nampak
baik, semua nak tolong, semua tak berkira, cuba dah
makan tahun ?? larat ke kau?? hahah..comfirm
mengungkit juga. So, tak perlu banggalah bila ada
kawan yang menjadi pendengar setia cerita kau tu.
kui ,,kui..kui...:)
So, hari ini i nak terangkan sikit tentang ciri-ciri
kawan-kawan yang perlu dijauhi@dihindari :
1. TAMAK
Dia hanya mementingkan dirinya sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia sentiasa mendekati. Tapi masa kita susah dia akan menjauhkan dirinya. Malah mudah melupakan orang yang sering menolongnya, serta membangga2 kan orang yang baru sahaja memberi pertolongan kepadanya. Itu mmg tamak!
2. KAKI PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau salah. Dia tidak berani menyatakan kebenaran. Dia tidak pernah menegur kita walaupun kita sedang melakukan kesilapan.
Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kita. Semua perbuatannya seolah-olah macam ada motif tertentu yang kita tidak tahu.
3. SUKA MEMBANTA BANTAH
jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan
langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain
4. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi . mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara
5. kawan yang makan kawan
yang ni spesies musang berbulu ayam. kawan yang tak berperikemanusiaan langsung. sanggup dia makan kawan sendiri sedangkan makanan lain ada
depan mata. kawan macam ni sanggup buat apa saja dengan apa cara sekali pun sehingga sanggop memusnahkan hidup kawannnya sendiri demi
mencapai kesenangan hidup. lebih kurang pentingkan diri sendirila.
6. kawan yang berlagak
nak tanya sikit, siapa yang tahan kalau perangai kawan kita macam ni. Aku pun tak tahan la. dyorg
semua bajet dyorang perfect. dyorg da lupa, apa yang dyorang ada tu semua pinjaman dari Allah. jangan nak berlagak sangat la. bila - bila masa je
Allah boleh tarik apa yang dia berikan., so, hargailah apa yang kita ada dan tanamkan sifat
rendah diri dalam diri kita ni.
7. kawan yang ngumpat belakang
kawan ni spesis yang hipokrit. kalau dia tak suka perangai kita, cakap depan - depan. perbetulkan
apa kesalahan yang kita lakukan. itu la kawan yang baik. ni tidak, habeh semua di jaja sifat buruk
kita. kadang - kadang ditambahnya pulak maggi
cukup rasa dalam cerita dia tu supaya orang lain rasa sedap nak dengar. entah betul ke tak an pe
yang dia cerita tu.
8. kawan yang kedekut
haihh.. kawan kedekut pun ada jugak. kawan macam ni susah kalau kita nak mintak tolong. buat sakit hati je. barang kita bukan main sedap dia
tibai. sampai tak ingat dunia. bila kita cuit sikit je barang dyorang, mula mata jeling - jeling, pastu,
heboh satu kampung macam kita guna barang dyorang habeh licin.
9. kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang
- lenang. asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dyorang resah gelisah. lepas itu, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan
hidup kita. bila kita susah, barula mereka semua rasa puas hati. act, yang ni tak patot kita panggil kawan. kita patot panggil musuh ketat.
*Dan ingat juga wasiat Khalifah Umar Abdul Aziz ini, “Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau
ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan
persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi
pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya
terhadap engkau.”
Langgan:
Catatan (Atom)