Selasa, 2 Oktober 2012

Bila Kita Bermimpi, Apa Maksud Mimpi Itu?

Adakah mimpi anda membawa sebarang makna?
Kadang kadang kita senang betul bermimpi.
Masuk akal, tak masuk akal. Dua-dua ada.
Apabila kita bermimpi, kita mencari apa itu maksud di sebalik mimpi itu. Ada tak maksud mimpi itu? Kita mula membuka pelbagai kitab, forum, blog untuk mencari makna mimpi.
Ada satu buku sains menyatakan bahawa mimpi itu hanyalah mainan minda kita semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna melainkan gaya pemikiran kita. Adakah itu betul maksud mimpi kita?
Profesor di dalam bidang psikologi, Calvin Hall telah mengkatalogkan dan mempelajari mimpi selama 30 tahun dan dia yakin bahawa mimpi tidak membawa apa-apa makna sekalipun. Tapi, dia percaya bahawa mimpi adalah sambungan kepada buah fikiran kita semasa bangun, dan bercampur aduk dengan neurologi kita yang agak aneh pada waktu malam. (Anda boleh baca buku Dreamland: Adventures in the Strange Science of Sleep yang ditulis oleh David K. Randall.
OK, dari segi sains, mimpi tidak ada sebarang maksud.
Kalau dari segi Islam pula? Apa maksud mimpi?
sedapnya mimpi...
Ini info yang saya dapat jumpa:

Maksud Mimpi Mengikut Islam

  • Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
  • menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
  • berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  • memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  • beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  • memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  • membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  • berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  • diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  • sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
  • diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  • melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  • melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
  • melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  • perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  • mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
  • diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  • memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  • bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  • bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
  • mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  • memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
  • duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  • bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  • berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  • mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  • bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  • makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  • makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  • makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
  • memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  • Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  • muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  • gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  • diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  • dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  • rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  • naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  • membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  • melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  • tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  • Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  • tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  • Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  • ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  • melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  • Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  • melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  • Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  • Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  • memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  • mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.
Untuk tafsir panjang lebar di atas pula, saya dapat daripada halaqah.net, sumbernya pula dari yolasite. Fuh, memang sakit mata tengok kat Internet ni. Info banyak benar!
Bagi anda, maksud mimpi anda bagaimana? Kadang-kadang mimpi amat menakutkan sampai menjejaskan hari-hari kita… Memang tak best kalau itu yang terjadi. Tebayang-bayang mimpi tu.

Tips Menjaga Hati Pasangan



Jika diberi pilihan antara Merpati sejoli dan CatDog sejoli, yang manakah anda dan pasangan anda inginkan? Bagi mereka yang inginkan kisah percintaan mereka seperti ala-ala korea macam dalam drama korea tu, pasti anda akan memilih untuk menjadi pasangan merpati sejoli.

Tetapi, jangan tersalah sangka pula. Tips ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan remaja-remaja di luar sana untuk bercouple, saya sendiri pun x pernah couple, hu3…. Hanya pendapat dari saya untuk pasangan-pasangan yang sedang hangat bercouple tentang tips untuk menjaga hati pasangan masing-masing supaya merpati sejoli itu tak bertukar menjadi CatDog sejoli…..ha3


1. Kenali Pasangan Anda

Ini boleh dikatakan bapak kepada segala basic bagi mereka yang ingin menjaga hati pasangan masing-masing. Anda perlu selidik dan  mengenal pasti (klu boleh buat research/thesis) pasangan anda tentang perkara-perkara yang dia suka dan tidak suka. Yang paling penting, anda perlu tahu menggunakan kelebihan dan kelemahan pasangan anda itu sebagai panduan kepada diri anda untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.


2. Bertimbang Rasa Antara Satu Sama Lain

Ini pun merupakan salah satu penyumbang kepada masalah perang dingin atau perang mulut yg sering berlaku antara pasangan. Disebabkan kedua-dua belah pihak kekurangan nilai-nilai murni inilah yg menyebabkan perkara-perkara seperti “awak2, saya rse, kita berdua ni x serasi lah!” atau “oppa, kita break up jer lah!”. Tentu anda semua x mahu perkara seperti itu berlaku terhadap diri anda setelah banyak masa dan duit telah dilaburkan kpd pasangan anda. So, kita perlu lah sekali sekala mengalah dengan pasangan kita. Perselisihan faham merupakan perkara biasa yg akan sering kita tempuhi sepanjang kita bergelar sbg manusia. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, apatah lagi pasangan kekasih yg tidak ada kena mengena. Salah seorang perlu memujuk atau meminta maaf jika terdapat sebarang perselisihan faham. Tapi, jgn plak sampai di’cop’ sbg King di control atau Queen’z control kerana ia tidak baik untuk kesihatan….he3


3. Sentiasa Perihatin Terhadap Pasangan

Salah satu aspek yg penting dan perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan. Jika anda ingin mengasihi dan dikasihi pasangan anda, rajin-rajinkan lah diri anda untuk mengambil berat terhadap pasangan anda. Biasa la kan, kita sbg manusia mempunyai hati dan perasaan yg memerlukan belaian dan perhatian dari org lain especially org yg istimewa buat kita. Kebiasaannya, perkara yg kita perlu prihatin terhadap pasangan kita ialah kesihatan, makan & minum, perasaan serta apa yg difikirkan oleh mereka. Walaupun ia kelihatan seperti tidak bermakna, tetapi ia penting supaya pasangan kita tahu bahawa kita prihatin dan mengambil berat terhadap mereka.


4. Elakkan Topik Yang Sensitif Atau Tidak Menyenangkan

Semasa berborak, saya nasihatkan supaya anda mengelakkan topik-topik yg bleh menyinggung perasaan pasangan anda seperti perkara-perkara yg bleh membuat mereka rasa malu atau segan terutamanya di hadapan rakan-rakan atau khalayak ramai. Tentu anda pun tahu bahawa ‘maruah’ merupakan satu  perkara yang penting bagi setiap individu. So, kita perlu lah menjaga maruah kita sendiri serta maruah pasangan kita. Tentu kita tidak mahu perspektif org lain terhadap pasangan kita terlalu ‘low profile’ atau perkara yg buruk. Saya yakin tentu anda semua ingin org lain terutamanya rakan-rakan anda beranggapan bahawa anda memiliki pasangan yg perfect. So, banyakkan memuji pasangan anda serta berborak mengenai topik yg lebih mengembirakan.